Kaedah Pemilihan JSLC

Kualiti pemimpin sangat dititik beratkan dalam pemilihan ahli JSLC. Pemilihan adalah berdasarkan merit dan hanya pelajar yang layak sahaja akan mengisi 20 kerusi JSLC bagi setiap kohort. Pemilihan dibuat menerusi tiga saringan berbentuk ujian kecergasan, ujian amali kepimpinan dan sahsiah, pembentangan topik kepimpinan untuk menguji kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir sebelum panel menentukan 20 pelajar terbaik setiap kohort.


Persaingan semakin sengit untuk mengisi kerusi ahli JSLC memandangkan kebanyakan sekolah dan ibu bapa mula menyedari kelebihan yang akan pelajar peroleh menerusi program ini seperti peluang mendapat tajaan dan tempat di universiti atas pelibatan aktif dalam aktiviti JSLC. Sejak tahun 2010 sehingga kini, sebanyak lapan kohort JSLC telah dibentuk dan diberi latihan kepimpinan.

Berkaitan